Tidak dapat di ragukan lagi
Bila kalangan bukan ulamak syiah sendiri yang mengakui akan 2 wasiat penting/berat adalah Al Quran dan Ahlul Bait
Jadi kenapa masih lagi mencari alasan alasan bagi menutup segala kebenaran dari Allah?
Apakah kita sanggup berdolak dalih dengan apa yang di sampaikan Rasul saaw?
Apakah kita lupa setiap percakapan Rasul saaw tidak ada satu pun yang tersilap dan terkhilaf?
Maka janganlah kita menutup kebenaran seperti mana Yahudi dan Nasara
Jangan berdalih dengan kalimat wali itu kekasih
Jangan berdalih dengan kalimat ahlul bait yang di maksudkan itu isteri isteri nabi
Mari kita lihat akan kenyataan ini:
Mereka bertanya, 'kenapa Ali?'. Kami katakan Ali as adalah bahagian dari Ahlulbait yang ditinggalkan oleh Rasulullah berserta Quran untuk memimpin ummat agar tidak tersesat setelah Rasulullah saaw.
Kami hidangkan Hadis Thaqalayn (Dua tinggalan Rasulullah saaw -- Al-Quran dan Itrah Ahlulbait), mereka takwil "Ahlulbait" itu kepada isteri-isteri Nabi saaw. Takwilan itu diciptakan atas keumuman ayat, sedang hadis yang sahih lagi jelas secara sembrono mereka abaikan.
Ketika kami hidangkan Hadis Ghadir (hadis Rasulullah saaw mengangkat Ali as sebagai pemimpin para mukmin menggantikan baginda di Ghadir Khumm), mereka menakwil makna "Wali" kepada "Kekasih".
Macam-macam helah mereka ciptakan untuk tetap menyesatkan dan mengkafirkan kami. Mereka memilih prasangka lalu menciptakan kesamaran di hadapan wasiat dan pesan Nabi saaw yang sahih lagi shorih (jelas).
Bagi mereka, "pengangkatan Ali as" dan "Itrah Ahlulbait penyelamat ummat"" adalah 2 hal yang tidak bersangkutan sama sekali. Dengan mencuba memisahkan 2 hal tersebut memudahkan mereka mencipta kesamaran, merubah makna "Ahlubait" kepada "Para Isteri Nabi" dan makna "Wali" kepada "Kekasih". Buruk sekali apa yang mereka perkirakan!
Melakukan hal itu, mereka mengira berjaya meremehkan pertabalan Ali, dan hanya menganggap ia satu ajakan untuk mengasihi Ali as dan tak lebih dari itu (Kalaupun begitu, itu pun mereka tak sahut. Bahkan, para pencerca dan pembantai Ali pula yang menjadi idola mereka).
Hadis sahih berikut menyanggah mereka yang memilih kesamaran dan menurut prasangka. Jelas, Ahlulbait (dalam Hadis Thaqalain) dan pengangkatan Ali (dalam Hadis Ghadir) adalah 2 hal yang tak terpisahkan!
عن أبي الطفيل عن زيد بن أرقم قال:(( لما رجع رسول الله ( ص) من حجة الوداع، ونزل غدير خم، أمر بدوحات فقممن، ثم قال: كأني قد دعيت فأجبت، إني قد تركت فيكم الثقلين، أحدهما أعظم من الآخر،
كتاب الله وعترتي أهل بيتي ، فانظروا كيف تخلفوني فيهما ، فإنهما لن يفترقا حتى يردا علي الحوض)). ثم قال : ((الله مولاي، وأنا ولي كل مؤمن)). ثم أخذ بيد علي، فقال: ((من كنت مولاه فهذا وليه، اللهم وال من والاه، وعاد من عاداه)). فقلت لزيد: سمعته من رسول الله ( ص)؟ فقال: ما كان في الدوحات أحد إلا ورآه بعينيه وسمعه بأذنيه.
كتاب الله وعترتي أهل بيتي ، فانظروا كيف تخلفوني فيهما ، فإنهما لن يفترقا حتى يردا علي الحوض)). ثم قال : ((الله مولاي، وأنا ولي كل مؤمن)). ثم أخذ بيد علي، فقال: ((من كنت مولاه فهذا وليه، اللهم وال من والاه، وعاد من عاداه)). فقلت لزيد: سمعته من رسول الله ( ص)؟ فقال: ما كان في الدوحات أحد إلا ورآه بعينيه وسمعه بأذنيه.
Imam An-Nasaie (214 - 303H) meriwayatkan di dalam Sunannya bahawa Zaid bin Arqam berkata:
Tatkala Rasulullah saaw pulang dari Haji Wada', baginda singgah di Ghadir Khumm. Baginda mengisyarahkan ke pepohonan, lalu sekitarnya dibersihkan dan dirapikan. Kemudian beliau bersabda, “Sepertinya aku telah dipanggil dan aku memenuhinya. Sesungguhnya telah aku tinggalkan di sisi kalian dua pusaka berharga, yang satu lebih besar dari yang lainnya: Kitab Allah dan Itrahku (keturunanku) Ahlulbaitku.
Maka perhatikanlah, bagaimana kalian akan memperlakukan kedua-duanya sepeninggalanku. Kerana sesungguhnya kedua-duanya tidak akan pernah berpisah hingga bertemu denganku di Telaga Haudh (di Syurga).”
Kemudian baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah adalah Maulaku dan aku adalah Wali setiap Mukmin.” Lalu baginda mengangkat tangan Ali seraya bersabda, “Barangsiapa yang aku Maulanya maka dia ini Wali baginya. Ya Allah bimbinglah orang yang menjadikan Ali sebagai Wali-nya dan musuhilah orang yang memusuhinya.”
Perawi, Abu Thufail berkata, “Lalu aku berkata kepada Zaid, ‘Apakah engkau mendengar sendiri dari Rasulullah saw.?’” Zaid menjawab, "Ya, tiada seorang pun di pepohonan itu melainkan menyaksikan baginda dengan kedua matanya dan mendengar sabda baginda dengan kedua teliganya".
Ibnu Kathir (701-774H) berkomentar: "Berkata guru kami Abu Abdillah Az-Zahabi, 'Ini adalah hadis sahih'".
Muhaqqid Dr. Abdullah bin Abdul Muhsin At-Turki pada nota kaki hadis ini menulis: "Al-Hakim telah menerbitkan hadis ini di dalam Mustadrak 3/109, dari jalur Habib bin Abi Thabit. Al-Hakim berkata, 'Hadis ini sahih'. Dan Imam Az-Zahabi mempersetujuinya."
Referensi:
Ibnu Kathir (701-774H), Al-Bidayah wan Nihayah, Tahqiq Dr. Abdullah bin Abdul Muhsin At-Turki Cetakan Hajar, Jilid 7, M/s 668.
(Jalan-Itrah/ABNS)
0 komentar:
Posting Komentar