SELAMAT DATANG DI AHLUL BAIT NABI SAW

AHLUL BAIT NABI SAW: Media Agama Dan Hati Umat Islam * Media Persatuan dan Kesatuan Sunni Dan Syiah

Hari ini ada fatwa baru di keluarkan, Tajuk dalam akhbar yang aku baca:

KANGAR 20 Nov. –Jawatan kuasa Fatwa negeri menetapkan bahawa ungkapan al-Madad ya Rasulullah sama ada dalam doa, nyanyian qasidah, nasyid dan sebagainya tidak dibenarkan kerana boleh membawa kepada syirik.

“Tidak boleh memohon bantuan kepada orang yang sudah meninggal dunia, begitu juga kepada Rasulullah yang telah wafat dan dalam konteks ini, kita (umat Islam) hanya boleh memohon pertolongan Allah."
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

MAKAM RASUL SAW

Ada yang keliru bahawa kerana Rasulullah saaw sudah wafat, maka baginda tidak lagi bermanfaat untuk kita bertawassul dengannya.
Bila mati terputusnya hubungan???
Benarkah????

Pengalaman saya dengan seorang teman yang kebetulan nak menunaikan ibadah Umrah:
Bilamana saya sebut, "Bila sampai di Madinah nanti sampaikan salam saya pada Rasul saw"
Di jawab beliau, "Rasul saw kan sudah wafat!!!. Macam mana saya nak sampaikan!!!"
Saya jawab kembali, "Lepas ini kamu jangan sampaikan salam pada Rasul saw semasa bacaan tasyahud dalam solat nanti, kan dia sudah wafat."

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

MARI KITA LIHAT HUJAH HUJAH DI BAWAH INI:

Hujah 1
Surah Ali 'Imran, ayat 169-171:

الَّذِينَ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّـهِ أَمْوَاتًا ۚبَلْ أَحْيَاءٌ عِندَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ ﴿١٦٩﴾ فَرِحِينَ بِمَا آتَاهُمُ اللَّـهُ مِن فَضْلِهِ وَيَسْتَبْشِرُونَ بِالَّذِينَ لَمْ يَلْحَقُوا بِهِم مِّنْ خَلْفِهِمْ أَلَّا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ ﴿١٧٠﴾ يَسْتَبْشِرُونَ بِنِعْمَةٍ مِّنَ اللَّـهِ وَفَضْلٍ وَأَنَّ اللَّـهَ لَا يُضِيعُ أَجْرَ الْمُؤْمِنِينَ ﴿١٧١﴾

~ "Janganlah kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidup disisi Tuhannya dengan mendapat rezeki."

~ "Mereka dalam keadaan gembira disebabkan karunia Allah yang diberikan-Nya kepada mereka, dan mereka bergirang hati terhadap orang-orang yang masih tinggal di belakang yang belum menyusul mereka, bahwa tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati."

~ "Mereka bergirang hati dengan nikmat dan karunia yang yang besar dari Allah, dan bahwa Allah tidak menyia-nyiakan pahala orang-orang yang beriman."



Hujah 2 Ibnu Majah mencatat sebuah riwayat dari Abi Darda' bahawa Rasulullah saaw bersabda:

~ Perbanyakkan berselawat ke atasku pada hari Jumaat. Sesungguhnya ia disaksikan oleh para Malaikat. Dan sungguh, seseorang itu takkan pernah berselawat melainkan selawatnya pasti dibentangkan kepadaku sehingga ia selesai.

~ Tanya Abu Darda', "Sekalipun setelah kematianmu?"

~ Jawab baginda, "Sesungguhnya Allah mengharamkan bumi dari meratah jasad para Nabi. Maka, Nabi Allah hidup dan diberi rezki."

Tahqiq oleh Al-Albani: Perawinya thiqah, cuma riwayatnya munqati' pada 2 tempat seperti kata Al-Bushairi, akan tetapi hadisnya disokong sebahagiannya oleh hadis terkemudian pada bil. 1360.

Referensi:
Hidayat ar-Ruwat, Ibnu Hajar Al-Asqalani, Jilid 2, m/s 96, hadis bil. 1315.

(Jalan-Itrah/ABNS)

0 komentar:

Sejarah

ABNS Fatwa - Fatwa

Pembahasan

 
AHLUL BAIT NABI SAW - INFO SEJARAH © 2013. All Rights Reserved. Powered by AHLUL BAIT NABI SAW
Top