Mir Seyyed Ali Hamadani Shafii telah merekam banyak hadith di dalam Mawaddatul-Qurba, yang menyokong kecemerlangan Ali. Di dalam Mawadda ke 7, dia menyebut dari Ibn Abbas bahwa Nabi berkata:
“Lelaki terbaik pada masaku adalah Ali.”
Kebanyakkan ulama Sunni yang berfikiran terbuka telah menerima keutamaan Ali. Ibn Abil-Hadid di dalam Sharh Nahjul Balagha, jilid II, hal. 40, berkata bahwa Abu Jafar Iskafi, ketua golongan Mutazili, mengistiharkan bahwa Bashr bin Mutamar, Abu Musa, Jafar bin Mubashshir dan ulama lain dari Baghdad percaya bahwa:
“Manusia yang paling cemerlang diantara semua Muslim adalah Ali Ibn Abi Talib, dan selepasnya anak beliau Hasan, kemudian anaknya Husain, selepas dia Hamza, dan selepasnya Jafar Ibn Abi Talib.”
Dia terus menyatakan ketuanya Abu Abdullah Basri, Sheikh Abul-Qasim Balkhi, dan Sheikh Abul-Hasan Khayyat mempunyai kepercayaan yang sama seperti Abu Jafar Iskafi mengenai keutamaan Ali. Dia menerangkan kepercayaan golongan Mutazili berkata:
“Lelaki terbaik selepas Nabi Allah, adalah pengganti Nabi, suami Fatima, Ali, selepas dia, kedua anaknya, Hasan dan Husain, setelah mereka Hamza, dan selepas dia, Jafar (Tayyar).”
_______________
Referensi:
Aqai Sultanul Wa’ezim Shirazi, Peshawar Night
(dedyzulvita/ABNS)
0 komentar:
Posting Komentar