Kita tentu sadar akan perkataan ‘Imam’ mempunyai banyak pengertian. Secara lisan ianya bermakna ‘ketua’ Imam-e-Jamaat’ berarti ‘orang yang menjadi ketua di dalam shalat berjamaah’ Dia boleh juga menjadi ketua bagi manusia di dalam politik atau perkara agama. Imam-e-Jum’a berarti Ketua Shalat Jumaat. Maka, Sunni, pengikut keempat mazhab, memanggil ketua mereka ‘Imam’, seperti Imam Abu Hanifa, Imam Malik, Imam Shafii, Imam Hanbal. Ahli agama dan perundangan ini adalah pemimpin mereka dalam perkara agama, dan mereka-mereka ini telah membentangkan undang-undang agama berasaskan dari penyelidikan atau dari penguraian mereka sendiri mengenai yang diperbolehkan bagi segala amalan. Begitu juga, apabila kami (Syi’ah) mempelajari buku-buku perundangan keempat-empat Imam ini, kami dapati banyak perbedaan diantara mereka mengenai asas keimanan dan cara-cara amalan terhadap agama.
Begitu juga, segala golongan mempunyai pemimpin mereka sendiri, dan di kalangan ulama Syi’ah dan pakar perundangan memegang kedudukan yang sama. Dengan ghaibnya Imam yang hidup di masa kini, mereka mujtahid mengeluarkan perundangan berasaskan pengetahuan mereka dari al-Quran, kata-kata sahih dari Nabi, dan para Imam yang pilihan. Tetapi kami tidak memanggil mereka Imam karena Imami kepunyaan secara ekslusif kepada 12 orang keturunan Nabi. Ada satu lagi perbedaan. Sunni kemudiannya telah menutupkan pintu ijtihad (berusaha pada menterjemahkan perundangan). Dari abad kelima Hijrah, apabila dengan perintah raja (khalifa), pendapat yang digubal oleh ulama dan semua perundangan telah dikumpul, maka apa yang dikatakan sebagai ‘Imam’ telah dihadkan kepada ‘empat Imam’, dan maka empat mazhab (Hanafi, Maliki, Shafii, dan Hanbali) telah diasaskan. Manusia telah dipaksa mengikuti satu daripadanya, sebagaimana yang Sunni amalkan sekarang. Tidak diketahui atas dasar apa mengikuti satu Imam itu lebih digalakkan. Apakah ciri-ciri yang ada pada Imam Hanafi yang tidak dimiliki oleh Imam Malikki? Apakah ciri-ciri yang ada pada Imam Shafii yang tidak dimiliki oleh Imam Hanbali? Dan jika dunia Islam dipaksa untuk menghadkan pada mengikuti satu dari empat mazhab, maka kemajuan bagi umma (komuniti) Islam akan terhalang sepenuhnya, walaupun Islam mengajarkan kepada kita supaya kita terus maju bersama masa. Untuk melakukan ini kita perlu kepada petunjuk dari para ulama (ilmuan). Terdapat banyak perkara yang mana kita tidak seharusnya mengikuti keputusan hukum mujtahid yang telah mati, maka kita harus menghadap kepada mujtahid yang hidup untuk petunjuk. Banyak para mujtahid yang dilahirkan kemudiannya, yang mempunyai pengetahuan yang lebih tinggi dari mereka yang berempat ‘Imam’. Saya tidak tahu mengapa keutamaan hanya diberi kepada yang empat, sehingga tidak ada yang lain, hanya mereka saja yang perlu diikuti, dan kebenaran bagi yang lain diabaikan. Di dalam perundangan Syi’ah, terdapat mujtahid di setiap masa sehinggalah keluarnya Imam yang suci di zaman kita. Pada permasalahan yang baru timbul, kita tidak boleh ikut keputusan mujtahid yang telah tiada.
Adalah aneh bahwa Sunni menggelar Syi’ah pembuat bidaa’ dan penyembah orang mati. Kami mengikuti arahan 12 Imam, keturunan Nabi. Bagaimanapun, tidaklah diketahui atas dasar apa Sunni coba untuk memaksa Muslim untuk mengikuti Asharis atau Mutazalis mengenai asas usul (Tawhid) dan salah satu dari empat Imam di dalam perkara amalan agama (furu’). Sesiapa yang tidak mengenali mereka dikatakan Rafizi. Oleh karena Abul-Hasan Ashari, Abu Hanifa, Maliki bin Anas, Muhammad bin Idris Shafii dan Ahmad bin Hanbal adalah sama seperti ulama dan perundangan Muslim yang lain dan oleh karena tidak ada arahan dari Nabi untuk kita mengikuti mereka, maka pengkhususan untuk mengikuti mereka saja bukankah bidaa’? Apa yang akan anda (Sunni) katakan sebagai jawaban?
Secara logik Syi’ah tidak menghadkan diri kepada mengikuti mereka saja. Banyak lagi ulama lain yang mempunyai kualiti yang sama ini. Menghadkan pada mengikuti mereka saja adalah satu penghinaan terhadap ulama lain yang sama meritnya. Kita tidak boleh dipaksa pada mengikuti seseorang atau sesiapa saja tanpa kuasa arahan dari Nabi. Tidak ada arahan yang sedemikian mengenai Imam yang berempat. Maka, bagaimana bisa menghadkan agama kepada mazhab yang empat ini?
_______________
Dikutip dari: Dialog Sunni-Syi’ah di Peshawar
Swaramuslim Cyber Book
(dedyzulvita/ABNS)
0 komentar:
Posting Komentar